24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

KPM tidak benarkan sekolah menengah jadi pusat mengundi

Tarikh pengundian pada 12 Mac bertembung dengan tarikh peperiksaan SPM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEKOLAH menengah di Johor tidak dibenarkan dijadikan pusat mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti kerana tarikh pengundian pada 12 Mac bertembung dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan perkara tersebut dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak mempunyai halangan sekiranya premis sekolah rendah diguna pakai sebagai pusat pengundian dalam PRN Johor.

“Saya dapat maklumat semalam bahawa sekolah menengah di negeri ini mungkin digunakan sebagai pusat mengundi PRN Johor akan datang.

“Tetapi kementerian belum terima permohonan secara rasmi daripada SPR dan kita juga sudah membuat ketetapan bahawa kita tidak mahu sekolah menengah digunakan sebagai pusat mengundi.

Advertisements

“Ini bagi memastikan bukan sahaja guru-guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan SPM, tetapi lebih utama adalah terhadap pelajar yang akan menduduki peperiksaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Libat Urus Bersama Warga Pendidik dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kota Iskandar, hari ini, lapor Utusan.

Tambahnya, pihaknya juga telah menerima banyak rungutan berhubung perkara itu khususnya daripada guru-guru dan ibu bapa yang mempunyai anak didik bakal menduduki SPM pada bulan Mac ini.

Ujar beliau, peperiksaan bertulis SPM 2021 akan dijalankan bermula pada 3 Mac sehingga 29 Mac ini.

“Manakala PRN Johor telah ditetapkan pada 12 Mac dengan pengundian awal akan dibuat pada 8 Mac,”katanya.

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan