29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

KDNK tumbuh 3.1 peratus, bukti usaha kerajaan berhasil – PM

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

USAHA kerajaan menangani krisis ekonomi sejak pandemik COVID-19 melanda dunia dua tahun lalu semakin membuahkan hasil, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Menurut Perdana Menteri, ia susulan peningkatan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.1 peratus pada tahun lalu.

Beliau berkata, pembukaan hampir semua sektor ekonomi dan sosial serta permintaan domestik dan luar yang tinggi akan terus mendorong pertumbuhan.

“Kerajaan akan memastikan unjuran pertumbuhan ekonomi di antara 5.5 peratus sehingga 6.5 peratus bagi tahun 2022 tercapai,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Ismail Sabri turut berkongsi data tentang pertumbuhan KDNK bagi suku keempat tahun lalu sahaja mencapai 3.6 peratus.

Kadar pengangguran pula berada pada tahap 4.2 peratus manakala aliran pelaburan langsung asing (FDI) meningkat lebih RM50 bilion sementara jumlah perdagangan luar turut meningkat kepada lebih RM2 trilion.

Advertisements

Perdana Menteri berkata, apa yang paling penting ialah pertumbuhan ekonomi tersebu dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat dengan peningkatan sumber pendapatan dan mengekang kenaikan inflasi.

“Insya-Allah, dengan perancangan yang teliti dan kerjasama seluruh Keluarga Malaysia hasrat ini akan tercapai,” katanya.

Untuk rekod, pertumbuhan Malaysia pada tahun 2020 adalah yang kedua terendah selepas krisis kewangan tahun 1998.

Menurut laporan media yang memetik kenyataan Ketua Perangkawan Negara, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, KDNK nasional pada tahun 2020 merosot 5.6 peratus berbanding 4.4 peratus pada tahun sebelumnya, yang mana semua aktiviti ekonomi merekodkan pertumbuhan negatif.

Dalam pada itu, kadar pengangguran pada tahun 2020 telah mencecah sehingga 4.5 peratus berbanding 3.3 peratus pada 2019. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan