25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Polis siap-siaga jika sempadan negara dibuka

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS sentiasa siap-siaga dalam meningkatkan kawalan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara sekiranya sempadan negara dibuka bermula 1 Mac ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata, sudah tentu kita bersedia jika sempadan negara dibuka nanti.

“Namun, Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) ada menyatakan perkara itu perlu dikaji terlebih dahulu.

“Kita akan menyokong setiap keputusan kerajaan. Berkaitan isu keselamatan kesihatan, kita akan meneruskan dan meningkatkan pemantauan dari semasa ke semasa,” katanya lapor Harian Metro.

Mengulas mengenai peningkatan kes COVID-19 dalam tempoh beberapa hari ini, Hazani berkata, pasukan pematuhan SOP akan menjalankan pemantauan terutama di kawasan tumpuan orang awam pada hujung minggu mengikut keperluan.

Advertisements

“Kita ada pasukan pematuhan yang akan melihat aspek SOP seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

“Namun, SOP seperti premis perlu menyediakan alat pengimbas suhu dan buku mendaftar masuk tidak lagi diwajibkan,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri memaklumkan pembukaan sempadan negara pada 1 Mac ini seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini, belum boleh dilaksanakan kerana ia memerlukan penelitian lanjut.

Pada Selasa lalu, MPN bersetuju dengan cadangan supaya Malaysia membuka sepenuhnya sempadan negara tanpa keperluan kuarantin wajib, seawal 1 Mac depan.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan