25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

KASA kenal pasti beberapa langkah mitigasi atasi banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEBERAPA langkah mitigasi jangka panjang dan jangka pendek telah dikenal pasti Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam usaha kementerian itu mengatasi masalah banjir di seluruh negara.

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Mansor Othman berkata setakat ini pihaknya telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang berlaku banjir dengan cadangan pembinaan Projek Tebatan Banjir (RTB) dalam masa terdekat.

“Pasca banjir baru-baru ini, KASA diminta oleh kerajaan untuk mengadakan perbincangan dan kajian bagi langkah-langkah mitigasi jangka panjang serta pendek, dapatan awal yang kami dapat ialah RTB dan rumah pam di kawasan kerap banjir.

“Selain itu, turut dicadangkan pembinaan takungan air atau ‘kota takungan pinggir sungai, pembangunan kawasan penempatan berdaya tahan banjir seperti sponge city di kawasan perumahan baharu dan memperkasa sistem amaran awal supaya tindakan segera dapat diambil oleh pihak berkuasa dan penduduk,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Rumah Pam RTB Teluk Kumbar di Balik Pulau hari ini, lapor Bernama.

Advertisements

Projek RTB Teluk Kumbar siap sepenuhnya pada 10 Dis lepas membabitkan kos RM10 juta dan memberi manfaat kepada 21,800 penduduk di situ, membabitkan kawasan perlindungan banjir tujuh kilometer persegi.

Terdahulu dalam ucapannya, Mansor berkata kerajaan pusat menyalurkan RM150 juta untuk melaksanakan RTB Sungai Pinang, di sini dengan projek itu bermula Jun ini dan dijangka siap sepenuhnya menjelang empat tahun lagi.

Menurutnya projek seluas 52 kilometer persegi itu akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 penduduk di kawasan berkenaan yang sebelum ini kawasan perumahan mereka kerap di landa banjir termasuk banjir kilat jika berlaku hujan lebat.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan