30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

22,802 kes baharu direkodkan, kes kumulatif kini lebih 3 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes baharu COVID-19 negara terus menunjukkan peningkatan selepas 22,802 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 3,019,163 kes.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, 104 kes (0.46 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 22,698 kes (99.54 peratus) kategori satu dan dua.

“Mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 5,029 kes (22.05 peratus), kategori dua sebanyak 17,669 kes (77.49 peratus) dan kategori tiga sebanyak 82 kes (0.36 peratus).

“Manakala kategori empat sebanyak 14 kes (0.06 peratus) dan kategori lima pula dengan lapan kes (0.04 peratus),”katanya.

Sementara itu, katanya, kes sembuh merekodkan sebanyak 5,442 kes sekaligus menjadikan 2,846,713 kes kumulatif atau 94.3 peratus.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 176 kes (82 kes disahkan COVID-19; 94 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Manakala, kes memerlukan bantuan pernafasan: 98 kes (40 kes disahkan COVID-19; 58 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Ujar beliau, terdapat pertambahan 11 kluster baharu pada hari ini, menjadikan kluster aktif kini mencecah 415 kluster. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan