25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kastam pakai kamera badan bermula Jun ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ANGGOTA penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan dilengkapi peralatan kamera badan yang dijangka dilaksanakan pada Jun ini.

Ia sebagai usaha menangani salah laku dalam kalangan pasukan beruniform itu.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, pelaksanaan itu akan dilakukan secara berperingkat di seluruh negara.

Menurut Abdul Latif, pada fasa pertama penggunaan kamera badan itu akan melibatkan lebih 100 anggota dan pegawai kastam termasuk mereka yang bekerja di lapangan.

“Ia akan digunakan bukan sahaja kepada penguat kuasa, juga kepada pegawai yang bertugas di frontliner (barisan hadapan) contoh di KLIA, di stesen sempadan, kita akan buat berperingkat sebab melibatkan bajet yang agak besar,” katanya,lapor Astro Awani.

Beliau ketika ditemui pada Majlis Jalinan Kasih Keluarga Malaysia (Corporate Social Responsibility) Jabatan Kastam Diraja Terengganu bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada Sabtu.

Sebelum ini dilaporkan penguat kuasa JKDM dijangka akan dilengkapi dengan peralatan kamera badan sebagai usaha menangani salah laku dalam kalangan pasukan tersebut.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd Shahar Abdullah memaklumkan, usaha itu antara lain adalah untuk meningkatkan integriti JKDM selain melindungi anggota kastam yang kerap dituduh terbabit dalam aktiviti rasuah.

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan