32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Seludup dadah guna taktik kurier terbongkar

Mesti Baca

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Kelantan berjaya menumpaskan penyeludupan dadah yang menggunakan taktik perkhidmatan kurier.

Bertindak atas maklumat awam, pada jam 10 pagi Bahagian Penguatkuasaan Kastam telah membuat pemeriksaan ke atas dua bungkusan plastik berwarna putih di sebuah premis kurier di Rantau Panjang, Kelantan.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, pemeriksaan yang dijalankan membawa kepada rampasan 1,490.39 gram ketulan mampat daun ganja dan 168 biji methamphetamine.

Advertisements

“Nilai terbabit untuk kedua-dua rampasan adalah berjumlah RM5,853.09.

“Berdasarkan jumlah berat dadah yang diperolehi, rampasan ini telah berjaya membanteras daripada diedarkan kepada lebih 7,000 orang penagih dadah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, modus operandi yang digunakan adalah membawa masuk dagangan terbabit melalui pangkalan-pangkalan haram yang berada di persisir sungai dan menggunakan perkhidmatan kurier untuk dihantar kepada pelanggan mengikut tempahan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelaburan RM10.5 bilion bukti Microsoft yakin ekonomi negara

PELABURAN sebanyak RM10.5 bilion oleh syarikat gergasi Microsoft membuktikan keyakinan para pelabur asing terhadap asas ekonomi negara yang kukuh,...

Lagi Artikel Berkaitan