28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

JKDM hanya periksa bagasi ‘hand carry baggage’

Sungguhpun begitu, JKDM dan MAHB sedang dalam cadangan pelaksanaan pemeriksaan secara berpusat terhadap penumpang penerbangan antarabangsa yang akan dijalankan di KLIA Terminal 2

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menjelaskan hanya memeriksa bagasi atau beg yang diikrar sebagai ‘hand carry baggage’ sahaja apabila penumpang melalui kawasan pemeriksaan Kastam.

JKDM menerusi kenyataan berkata, dalam kes rampasan 22 ekor ular di Lapangan Terbang Chennai India baru-baru ini, bagasi yang diseludup keluar dari Kuala Lumpur adalah berstatus ‘check-in baggage’ yang mana bagasi tersebut diterima oleh pihak syarikat penerbangan dan di bawah kawalan sepenuhnya oleh Polis Bantuan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) (AVSEC).

JKDM berkata, berkaitan dengan pemeriksaan bagasi berdaftar status ‘check-in baggage’, pihaknya dimaklumkan bahawa bagasi berdaftar ini diterima oleh pihak syarikat penerbangan dan diimbas oleh mesin pengimbas bagasi di bahagian ‘in-line baggage screening’ di bawah kawalan dan seliaan sepenuhnya oleh Polis Bantuan MAHB (AVSEC).

“Kawalan ini bagi memastikan keselamatan pesawat, kawasan lapangan terbang dan penerbangan yang mana lebih tertumpu kepada barangan berbahaya dan berisiko seperti senjata api, bom, peluru dan seumpamanya.

“Pengimbasan dan pemantauan imej semua bagasi dilakukan sepenuhnya oleh Polis Bantuan MAHB, Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang bertugas dan hasil pemeriksaan tersebut akan disalurkan kepada agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan,”katanya.

Ujar JKDM, pemeriksaan ke atas bagasi penumpang semasa ketibaan atau sebelum pelepasan hendaklah mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan.

Advertisements

“Pemeriksaan bagasi penumpang adalah berdasarkan penilaian risiko bagi tujuan mengenalpasti barang-barang berikut seperti, dadah; barang-barang larangan mutlak; barang-barang larangan bersyarat; barang-barang di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010; barang-barang berduti /bercukai dan matawang.

“Penggunaan mesin pengimbas kastam di cawangan pemeriksaan penumpang
semasa ketibaan adalah untuk mengimbas bagasi penumpang dan beg ‘hand carry baggage’ bagi mengesan barangan berduti, bercukai, larangan, secara cekap dan berkesan; mencegah semua aktiviti penyelewangan dan penyeludupan.

“Pegawai Kastam akan mengarahkan penumpang mengikrarkan barang-barang
milikannya dan mengimbas setiap bagasi dan beg ‘hand carry baggage’ yang dibawa di kaunter pemeriksaan kastam sepertimana peruntukan di bawah Seksyen 103, Akta Kastam 1967.

“Di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA Terminal 1, Lapangan Terbang
Antarabangsa KLIA Terminal 2 dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,
Subang (LTSAAS) bagasi penumpang yang berstatus ‘check-in baggage’ perlu
didaftarkan dikaunter ‘check-in bag’ di mesin pengimbas milik MAHB sebelum penumpang melalui kawasan pemeriksaan Imigresen dan Kastam,”katanya.

Sungguhpun begitu, JKDM berkata, pihaknya dan MAHB sedang dalam cadangan pelaksanaan pemeriksaan secara berpusat terhadap penumpang penerbangan antarabangsa yang akan dijalankan di KLIA Terminal 2.

Baru-baru ini, media melaporkan kes rampasan sebanyak 22 ekor ular yang telah ditemui dalam bagasi seorang wanita yang berdaftar ‘check-in baggage’ di Lapangan Terbang Chennai, India melalui penerbangan Airasia dari Kuala Lumpur pada Jumaat, 29 April 2023. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan