29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Cubaan seludup tayar kereta mewah import gagal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menggagalkan cubaan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) menyeludup tayar kereta mewah yang diimport di Taman Cemerlang Lancar, Senai, Johor Bahru, pada 26 September lalu.

Pengarah JKDM Johor, Sazali Mohamad berkata, kedua-dua MPV berkenaan ditahan pada pukul 10 malam selepas diekori pasukan penguat kuasa JKDM Johor dari pintu masuk sempadan negara di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah, Iskandar Puteri.

Beliau memberitahu, hasil pemeriksaan anggota Bahagian Penguatkuasaan Sungai Pulai, JKDM Johor ke atas dua MPV berkenaan mendapati tayar pelbagai jenama dan saiz disumbat dalam kenderaan itu.

“Terdapat 69 tayar baharu pelbagai jenama dan saiz dipercayai tidak berkastam yang diimport dari luar negara dalam kedua-dua MPV berkenaan.

“Tayar yang diseludup ini adalah tayar bagi kenderaan mewah dengan saiz 19 inci ke atas,” katanya dalam sidang akhbar di Menara JKDM Johor, Johor Bahru hari ini.

Beliau berkata, anggaran nilai tayar baharu yang disita ini adalah RM41,400 manakala jumlah duti atau cukai yang terbabit sebanyak RM19,500.

Katanya, siasatan awal mendapati modus operandi sindiket penyeludupan itu adalah dengan menyeludup masuk sejumlah dagangan tayar baharu pelbagai jenama dan saiz dari negara jiran tanpa sebarang pengikraran.

“Mereka akan membawa barangan ini melalui laluan penumpang di pintu masuk negara dekat selatan tanah air,” ujar beliau.

Menurutnya, turut disita kedua-dua MPV jenis Toyota Alphard yang bernilai RM80,000 itu.

“Kedua-dua pemandu MPV berkenaan yang berusia antara 36 hingga 41 tahun itu kemudian ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barang larangan tidak berkastam,” katanya.- BERNAMA

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan