27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Piala Asia: Pan-gon sasar kutip 3 mata bertemu Jordan

Mesti Baca

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mensasarkan untuk mengutip tiga mata dalam perlawanan pertama di Piala Asia 2023 menentang Jordan, malam esok.

Beliau berkata, skuad kebangsaan sudah membuat persiapan rapi untuk perlawanan menentang Jordan termasuk melakukan simulasi perlawananan.

“Pemain-pemain saya sangat yakin dan sasaran kami esok adalah untuk mendapatkan tiga mata,” katanya pada sidang media praperlawanan di Doha, Qatar hari ini.

Mengenai ranking Jordan yang jauh lebih baik berbanding Malaysia, pengendali dari Korea Selatan itu berkata, ia tidak memberi makna apa-apa kerana anak-anak buahnya sudah membuktikan bahawa mereka bukan sahaja mampu memberi cabaran malahan boleh mencatat kemenangan.

“Kedudukan ranking semasa Malaysia kini berada di tangga ke-130 dunia manakala Jordan berada di kedudukan ke-87. Memang terdapat perbezaan ketara, anda katakan pasukan anda kuat.

Advertisements

“Tapi seperti yang saya katakan kami pernah bermain dengan pasukan yang setaraf dengan Jordan iaitu enam perlawanan dalam tempoh beberapa bulan yang menyaksikan kami berjaya dua menang, tiga seri dan hanya satu kekalahan,” katanya penuh yakin.

Bagaimanapun beliau sedar bahawa tiga pasukan dalam Kumpulan E mempunyai kelebihan terutamanya Jordan dan Bahrain yang boleh dikatakan seperti bermain di tempat sendiri, tapi pasukannya akan beri cabaran hebat  untuk mara ke pusingan 16.

Sementara itu, Pan-gon berharap pasukannya dapat meneruskan momentum cemerlang mereka untuk kempen Piala Asia kali ini.

Skuad Harimau Malaya telah diundi dalam Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan juga Korea Selatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan