33.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Jaya Grocer buka cawangan ke-49, ketiga di Shah Alam

Mesti Baca

JENAMA pasar raya premium utama negara, Jaya Grocer hari ini melancarkan pembukaan cawangannya yang ke-49 di Plaza Shah Alam, Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Adelene Foo berkata pembukaan cawangan baharu itu juga adalah yang ketiga di Shah Alam selepas cawangan di Plaza Jelutong dan Ardence Labs.

Beliau berkata pelancaran itu adalah penghargaan kepada pelanggan di Shah Alam yang telah memberikan sokongan padu terhadap jenama tempatan itu.

Katanya, cawangan pertama di Shah Alam iaitu di Plaza Jelutong dibuka pada 29 September 2012, dan sejak itu ia pantas membina reputasi dalam menawarkan produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

“Dengan tiga cawangan strategik kami di Shah Alam, pelanggan kini dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih mudah dan selesa bersama kami.

Advertisements

“Menerusi permulaan tahun baharu yang positif ini, rancangan memperluaskan rangkaian Jaya Grocer berjalan lancar, dan berharap tahun 2024 membawa kejayaan lebih gemilang sejajar dengan unjuran pertumbuhan ekonomi lebih tinggi oleh kebanyakan firma penyelidikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Foo berkata dengan ketiga-tiga cawangan yang terletak strategik di bandar raya itu, pelanggan di Shah Alam dapat menikmati akses lebih besar kepada rangkaian produk premium pasar raya berkenaan.

Ia sekali gus mengukuhkan komitmen mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih cekap.

Katanya lagi, bagi menghargai pelanggan di Shah Alam, Jaya Grocer menawarkan promosi istimewa mulai 13 hingga 21 Januari ini untuk pelbagai barangan keperluan seperti sayur-sayuran, ayam, daging, serta tawaran menarik untuk produk import dan makanan kucing. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan