33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Ribuan ikan sardin terdampar di pantai Filipina

Mesti Baca

RIBUAN ikan sardin terdampar di pantai di sebuah kawasan di Filipina, sebelum gempa bumi melanda negara itu, baru-baru ini, lapor portal Mirror.

Foto yang tular di media sosial menunjukkan kejadian aneh itu apabila ribuan ikan berkenaan dilihat di pantai di kampung Tinoto, Sarangani, di pulau Mindanao.

Menurut laporan media tempatan, pada 7 Januari lalu, penduduk menemukan ribuan ikan kecil di kawasan pantai, meliputi jarak empat kilometer (km).

Berdasarkan gambar dan video yang dimuat naik di media sosial, ribuan ikan yang terdampar itu dikatakan masih hidup dan ‘melompat-lompat’.

Difahamkan, penduduk di kawasan itu dilihat berkumpul di kawasan pantai bagi menangkap ikan dan menganggapnya sebagai rezeki tahun baharu.

Namun begitu, pada ketika itu, ada yang mengaitkannya dengan petanda bencana alam.

Advertisements

Media sebelum ini melaporkan, pada 9 Januari lalu gempa bumi dengan magnitud 6.7 melanda selatan Filipina, menurut Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Bagaimanapun, menurut pihak berkuasa tempatan, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa dan kerosakan.

Gempa itu berlaku pada kedalaman 70 kilometer (km), kira-kira 100 km di tenggara perbandaran Sarangani di luar pulau Mindanao, kata USGS.

Ia tidak mencetuskan amaran tsunami, menurut Sistem Amaran Tsunami AS dan agensi seismologi Filipina.

Gempa bumi kerap melanda Filipina yang terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik, lengkok aktiviti seismik dan gunung berapi membentang dari Jepun melalui Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik. -Agensi

Advertisements

Terkini

KPM laksana pebagai inisiatif untuk reformasikan pendidikan negara

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara. Menurut KPM dalam kenyataannya, ini termasuk pengstrukturan...

Lagi Artikel Berkaitan