27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Prasarana perkenal pas langganan khas bagi golongan OKU

Mesti Baca

PRASARANA Malaysia Berhad (Prasarana) memperkenalkan pas langganan OKU Smile khusus untuk komuniti Orang Kurang Upaya (OKU).

Prasarana berkata, pengenalan inisiatif ini adalah susulan daripada pengumuman oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke pada 21 Disember 2023 lalu mengenai insentif tambang percuma untuk komuniti OKU bagi semua perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana.

“Pas ini adalah untuk semua pemegang kad konsesi OKU Prasarana yang sedia ada dan pemohon baharu.

“Pengaktifan dan permohonan baharu pas OKU Smile akan bermula pada 15 Januari ini. Pas ini membolehkan pengguna OKU menikmati tambang percuma bermula 1 Februari.

“Kriteria langganan pas OKU Smile adalah pemegang kad Konsesi OKU Prasarana sedia, boleh terus melanggan atau mengaktifkan pas OKU Smile bermula 15 Januari ini di mana-mana kaunter Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT dan hab bas terpilih,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pengguna Rapid KL dan Rapid Kuantan boleh memohon kad konsesi ini secara dalam talian menerusi laman web www.myrapid.com.my.

“Pemohon perlu memuat naik salinan kad pengenalan, kad OKU JKM dan gambar berukuran passport berlatar belakang warna putih atau biru.

“Pemohon boleh memilih lokasi pengambilan kad konsesi seperti yang tertera di dalam borang permohonan. Bagi permohonan yang mempunyai dokumen lengkap, kad konsesi anda akan dihantar ke lokasi yang dipilih dalam masa tiga hari waktu bekerja,” katanya.

Advertisements

Bayaran RM5 akan dikenakan bagi kos pengeluaran kad berkenaan. Nilai RM5 akan dikreditkan ke dalam kad hanya satu kali transaksi sahaja.

Pengguna dinasihat untuk memastikan baki minima RM5 kekal di dalam kad bagi membolehkan menggunakan pas ini.

Maklumat berkaitan pas OKU Smile boleh didapati di laman web www.myrapid.com.my atau di platform media sosial Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan.

Sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL 03-7885 2585; Rapid Penang 04-255 8000 atau Rapid Kuantan 09-5663686/019-3858607.

“Prasarana juga akan mengadakan siri jelajah ke beberapa persatuan OKU bagi memberi penerangan berkaitan produk ini.

“Kaunter pendaftaran secara bergerak juga akan dibuka bagi memudahkan golongan ini memohon kad OKU Prasarana sepanjang siri jelajah diadakan.

“Tambang percuma ini juga bukti keperihatinan Kerajaan Malaysia dan tanggungjawab korporat sosial Prasarana yang cakna terhadap kebajikan masyarakat.

“Selain itu, ia sebagai galakan kepada komuniti OKU untuk menggunakan pengangkutan awam serta meluaskan kesalinghubungan kepada golongan terbabit,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan