25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tren ‘Cerita Malaysiaku’ warnai sambutan Hari Malaysia ke-60

Mesti Baca

SEMPENA memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September tahun ini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana)mengambil inisiatif melancarkan sebuah tren LRT Laluan Kelana Jaya bertemakan ‘Cerita Malaysiaku’.

Prasarana berkata, tren ‘Cerita Malaysiaku’ dibalut khas dan dihiasi dengan visual yang memaparkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan budaya.

Laluan Kelana Jaya, selaku laluan rel dengan jumlah penumpang tertinggi serta jajaran yang melalui kawasan-kawasan berkepadatan tinggi termasuk segitiga emas Kuala Lumpur, dipilih sebagai platform untuk inisiatif ini.

“Inisiatif ini adalah komitmen Prasarana dan Rapid Rail sebagai pengendali perkhidmatan rel di Lembah Klang dalam menyokong usaha kerajaan mempromosikan sambutan Hari Malaysia.

“Majlis pelancaran tren berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dengan menaiki tren khas ‘Cerita Malaysiaku’ dari Stesen Universiti ke Stesen KLCC,” kata Prasarana dalam satu kenyataan.

Advertisements

Pada majlis itu, Fahmi turut beramah mesra bersama penumpang disamping mengedarkan Jalur Gemilang serta cenderahati.

Prasarana berkata, inisiatif tren ‘Cerita Malaysiaku’ ini tercetus bagi menghargai negara Malaysia serta berkongsi fakta dan maklumat agar ianya sentiasa diingati.

“Orang ramai dapat melihat keunikan tema tren yang berbeza bagi setiap koc seperti Rukun Negara, Negaraku, kebudayaan, perayaan, kepelbagaian makanan, tempat-tempat menarik dan juga sejarah pengangkutan awam di Malaysia.

“Pengguna yang menaiki tren ‘Cerita Malaysiaku’ akan disajikan dengan pelbagai maklumat yang menarik di sepanjang perjalanan untuk ke destinasi yang ingin ditujui,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan