25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 9, 2024

Dr. Mahathir ingatkan penubuhan Malaysia untuk sekat komunis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penubuhan Malaysia yang membabitkan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak bagi menyekat pengaruh komunis.

Menurut beliau, walaupun Singapura bukan lagi sebahagian daripada Malaysia tetapi langkah tersebut berjaya menyekat fahaman tersebut daripada bertapak di negara itu.

“Kita juga setuju untuk bersama sebagai usaha ke arah kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Ini juga telah kita capai.  

“Hasil yang kita harap dari gabungan ini – mengembang ekonomi dan membangun bersama terus dikemudi dan menjadi teras kepada gabungan kita,” katanya sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.

Dr Mahathir berkata, walaupun ada ketika timbul rasa kurang senang di antara satu sama lain namun itu adalah perkara biasa di dalam mana-mana penyatuan wilayah-wilayah berbeza.  

Apa yang penting, kata beliau, selagi pemimpin dan pemikir yakin bahawa bersatu itu teguh dan bercerai akan roboh, gabungan Malaysia ini akan terus utuh.  

Advertisements

“Kita sambut Hari Malaysia dalam semangat sedemikian. Itulah asas kepada gabungan kita.  

“Kesatuan kita di dalam kepelbagaian dan kepelbagaian kita di dalam kesatuan.

“Ini kita sambut tanpa ketepikan asal-usul dan menafi sejarah pembentukan negara bangsa ini,” katanya.  

Beliau berkata, enam dekad bukan tempoh masa yang singkat dan dalam tempoh tersebut banyak kenangan pahit dan manis yang dilalui bersama.

“Apa pun, amat perlu kita toleh ke belakang apabila kita mahu maju ke hadapan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2024 tawar diskaun sehingga 50 peratus

KARNIVAL Cuti-cuti Malaysia 2024 (KCCM2024) yang bakal berlangsung pas 25 hingga 27 Oktober di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan