26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 4, 2023

‘Segulai Sejalai’ memajukan Malaysia – Fadillah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEMUA rakyat diajak supaya ‘segulai sejalai’ atau berjalan seiringan bagi mengekalkan keharmonian, memajukan, menjamin keselamatan dan kestabilan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Hari Malaysia mampu menguatkan integrasi nasional agar kita sedar erti merdeka yang sebenar, bukan sekadar Tanah Melayu tetapi juga Sabah dan Sarawak.

Beliau turut mengajak semua mengenang kembali jasa dan pengorbanan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan tokoh-tokoh Sabah dan Sarawak yang menjayakan pembentukan Malaysia.

“Tautkan kembali ikatan persaudaraan dan keakraban kaum yang pelbagai di Malaysia. Hentikan sentimen 3R (raja, agama dan kaum) yang hanya menjadi ancaman kepada perpaduan negara.

“Kerjasama dan perpaduan perlu dibina bersama semua kaum tanpa rasa curiga dan iri hati kerana perjalanan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran tidak boleh dilakukan secara bersendirian,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Sementara itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut sama mengajak semua rakyat Malaysia supaya sama-sama menghayati erti sambutan Hari Malaysia, yang merupakan hari bersejarah buat semua.

“Walau kita lahir pelbagai dan berbeza bukan bermakna ia menjadi kekangan untuk kita mengekalkan keharmonian yang utuh terjalin dalam kalangan keluarga besar kita.

“Semarakkan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini sebagai bukti kecintaan kita pada negara,” katanya. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Tembakan di Bangkok: TMJ bina perisai manusia lindungi keluarga

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi detik cemas apabila membina perisai manusia bersama pasukan keselamatannya demi...

Lagi Artikel Berkaitan