26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Unit Starlink dipasang di Kampung Puak, Bau – Fahmi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENDUDUK di Kampung Puak, Bau, Sarawak akan menerima capaian internet lebih pantas dan berkualiti susulan pemasangan unit peranti satelit Starlink, 6 September lalu.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, beliau hari ini sempat melawat kawasan tersebut untuk memeriksa kualiti perkhidmatan internet serta bertemu sendiri dengan penduduk setempat.

Katanya, unit Starlink itu telah dipasang di Dewan Kampung Puak, minggu lalu.

“Kawasan ini memang tiada akses internet. Alhamdulillah, dengan pemasangan Starlink di sini, ianya memanfaatkan hampir 80 orang penduduk setempat.

Advertisements

“Sehingga hari ini, kita telah memasang lapan unit Starlink di kawasan yang mempunyai akses internet yang teruk,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Julai lalu berkata, kerajaan bercadang menggunakan 40 peranti satelit Starlink di institusi pengajian tinggi untuk menaik taraf kemudahan capaian Internet supaya lebih meluas dan pantas di kampus bagi memudahkan proses pembelajaran.

Anwar berkata perkara itu tercetus hasil persidangan video secara maya dengan Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX Elon Musk baru-baru ini.

Sehingga kini, dua unit telah dipasang di Sabah, Sarawak (dua), dan setiap satu di Negeri Sembilan, Selangor, Perak, dan Johor. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan