29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Empat negeri di bawah Pas berpotensi dibangunkan – Tun M

Tun M berpandangan negeri berkenaan boleh maju setaraf kemajuan negeri di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan negeri-negeri di bawah pentadbiran Pas mempunyai potensi untuk dibangunkan setaraf kemajuan negeri di sebelah pantai barat Semenanjung.

Pandangan itu dilontarkan sewaktu beliau menerima kunjungan empat Menteri Besar daripada parti itu di kediamannya di Kuala Lumpur semalam.

Mereka terdiri daripada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Advertisements

Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, pertemuan yang diatur itu bagi membincangkan pelbagai topik khususnya perancangan pembangunan ekonomi di negeri-negeri berkenaan.

“Perjumpaan selama satu jam 30 minit ini berjalan dalam suasana yang amat mesra,” katanya menerusi kenyataan dalam Facebook.

Dalam pilihan raya di enam negeri baru-baru ini, bekas Perdana Menteri itu cenderung menyokong Perikatan Nasional (PN) yang menyaksikan parti itu menguasai tiga negeri.

Tiga negeri tersebut ialah Kedah, Kelantan dan Terengganu yang mana Pas manakala Perlis pula dikuasai Pas semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 pada Disember tahun lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan