26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 4, 2023

Bekas ADUN Pas Bukit Pasir sertai Amanah

Mesti Baca

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Bukit Pasir Najib Lep, mengumumkan penyertaan beliau dalam parti AMANAH malam tadi.

Borang keahlian beliau diserah kepada Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu malam ini dalam satu ceramah kelompok di Sungai Abong.

Mohamad ketika ditemui pemberita berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan Najib dan berharap beliau akan dapat menyumbang kepada pemerkasaan dan memperkuatkan parti.

Najib adalah satu-satunya wakil PAS di DUN Johor sebelum dibubarkan pada 22 Januari lalu bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Pada PRN Johor, Pas menggugurkan keahlian Najib daripada parti itu selepas memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas apabila namanya tidak disenaraikan sebagai calon dan kemudiannya dilaporkan menyertai UMNO pada Oktober 2022.

Sementara itu, Mohamad berkata penyerahan borang keahlian AMANAH oleh bekas EXCO Johor pula akan diadakan di Taman Rekreasi Taman Uda Utama, Perling, Johor Bahru, hari ini.

Kelmarin, Pengerusi AMANAH Johor Aminolhuda Hassan, berkata penyertaan bekas EXCO dan bekas ADUN daripada Bersatu dan Pas itu adalah satu isyarat yang jelas terhadap penerimaan kepada perjuangan AMANAH yang membawa semangat RAHMAH seperti yang ditunjukkan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub. –Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

ACL: JDT malukan BG Pathum di gelanggang lawan

JOHOR Darul Ta'zim FC (JDT) tampil cemerlang apabila memalukan kelab Thailand, BG Pathum United di laman sendiri dengan kemenangan...

Lagi Artikel Berkaitan