23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025

Tun M ajak orang Melayu pakai tanjak, undi calon baik

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memuji sikap ramai orang Melayu yang sekarang memakai tanjak sebagai cara untuk menunjuk kemelayuan mereka.

Menurut mantan Ahli Parlimen Langkawi itu, sikap berbangga dengan bangsa memang baik namun lebih baik jika mereka turut berbangga mengundi calon Melayu terbaik dalam pilihan raya.

“Ramai orang Melayu sekarang memakai tanjak sebagai cara untuk menunjuk ke-Melayuan mereka. Sikap berbangga dengan bangsa memang baik.

“Alangkah baiknya jika selain tanjak, orang Melayu juga berbangga dengan mengundi dalam pilihan raya bagi calon Melayu yang terbaik supaya Kerajaan yang akan didirikan oleh calon-calon yang menang dapat mendiri Kerajaan yang juga baik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Advertisements

Selain itu, Dr. Mahathir menyatakan mengundi kerana sogokan tidak menunjukkan ke-Melayuan yang dibanggakan kerana negara diperintah oleh perasuah.

“Tidak mengundi atau mengundi kerana sogokan tidak menunjuk ke-Melayuan yang boleh dibanggakan, kerana hasilnya ialah pemerintahan oleh perasuah dan penjenayah.

“Pakailah tanjak tetapi undilah dan tentukan kemenangan bagi Melayu yang kuat ke-Melayuan mereka dan mampu mendiri Kerajaan yang boleh kita bangga dengannya,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan