24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

PRN: Guan Eng seru rakan DAP bersatu, tewaskan PN

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI DAP, Lim Guan Eng mengajak rakan-rakan parti DAP untuk bersatu bagi mempertahankan negeri Pulau Pinang oleh Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Kata Ahli Parlimen Bagan itu, setiap kali musim pilihan raya, sentiasa ada pelbagai fitnah dan serangan mengikut pengalaman beliau di 10 pilihan raya lalu.

“Saya telah terlibat hampir 10 pilihan raya, dan setiap kali musim pilihan raya, akan sentiasa ada pelbagai fitnah dan serangan, yang tujuannya untuk mewujudkan perpecahan dan mengganggu semangat rakyat.

“Pada saat genting ini, kita mesti bersatu. Lakukan sesuatu yang menyatu padukan parti, bukan memecahbelahkannya.

Advertisements

“Kita perlu bersatu padu menewaskan Perikatan Nasional dalam pilihan raya negeri yang akan datang, dan mempertahankan Pakatan Harapan di Pulau Pinang. Ini adalah perkara yang paling penting sekarang,” katanya di hantaran Facebook hari ini.

Menurut Guan Eng, perkara itu dikongsi beliau kepada rakan-rakan parti di kawasan DAP Air Putih ketika mesyuarat 5 cawangan beberapa hari lalu.

Enam PRN di Semenanjung Malaysia dijangka berlangsung pada bulan depan.

Komposisi kerusi DUN Pulau Pinang pada masa ini ialah DAP (19), PKR (14), BERSATU (dua), AMANAH (dua), BN (dua) dan PAS (satu). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan