Monday, July 20, 2026

UMNO penghalang DAP jadikan Malaysia negara liberal – Puad

Atas sebab itu terdapat segelintir pemimpin UMNO mencari jalan agar UMNO keluar daripada Kerajaan Madani.

Mesti Baca

KEBERADAAN UMNO dalam Kabinet Kerajaan Madani pada masa kini menjadi penghalang bagi DAP melaksanakan agenda besar mereka iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara liberal.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi ketika membuat dakwaan itu berkata, atas sebab itu terdapat segelintir pemimpin UMNO mencari jalan agar UMNO keluar daripada Kerajaan Madani.

“Sebab itu mereka membuat provokasi sensitif supaya ahli UMNO melatah dan mendesak parti “pull the plug” (tarik sokongan).

“Mereka ini beranggapan keberadaan UMNO dalam Kabinet menyusahkan. Ia penghalang agenda besar mereka untuk menjadikan Malaysia negara liberal,” dakwanya dalam hantaran menerusi media sosial hari ini.

Mohd Puad berkata, pemimpin berkenaan mahu UMNO sendiri yang keluar agar DAP tidak dilihat jahat.

“Mereka tidak bimbang kerana kerajaan tidak akan tumbang jika UMNO keluar.

“Sebab itu jangan harap Yeo Bee Yin dan Tony Pua akan minta maaf. Pada  mereka lagi cepat UMNO keluar lagi bagus. 

“Amanah terlalu kerdil untuk membela Raja Raja Melayu. Maka UMNO tidak boleh terperangkap dengan muslihat mereka,” katanya.

Beberapa hari lalu gegak-gempita apabila UMNO di semua peringkat mendesak agar parti itu menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Madani.

Antara yang menyuarakan perkara itu ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh.

Ini setelah permohonan Datuk Seri Najib Razak mendapatkan semakan kehakiman untuk melaksanakan Titah Adendum supaya menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah ditolak.

Lebih memanaskan keadaan apabila Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin menanggap keputusan itu sebagai satu lagi sebab itu meraikan akhir tahun.

Manakala bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua pula dilapor berkata, tiada asas untuk membenarkan tahanan rumah bagi individu yang disifatkannya sebagai ‘penjenayah terbesar di Malaysia’. 

Bagaimanapun, sehingga kini tiada tindakan konkrit diambil oleh pucuk pimpinan UMNO berhubung desakan tersebut. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan