DAP tidak perlu bimbang sekiranya Muafakat Nasional (MN) sekiranya benar gabungan parti-parti Melayu Islam itu gagal.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh berkata, dengan terbentuknya MN 2.0 itu nanti, DAP boleh meneruskan agendanya.
Beliau jugak agak pelik dengan parti itu yang seolah-olah kepanasan apabila UMNO dan Pas bercadang untuk menghidupkan semula MN.
“Oh ya, kan kau cakap MN tu gagal, jadi tak perlu takutlah ya kalau kami nak hidupkan semula MN.
“Kamu jangan takut ya, teruskan dengan agenda kamu, kami dengan penyatuan kami,”katanya menerusi Facebook beliau hari ini.
Beliau yang juga ADUN Merlimau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong yang ‘menyerang’ cadangan Pemuda UMNO agar parti itu keluar dari Kerajaan Perpaduan dan membentuk kerjasama semula dengan Pas.
Poay Tiong yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka mendakwa Dr Akmal sejak hari pertama sudah lantang bersuara mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.
Dr Akmal berkata, beliau gembira apabila DAP dan mereka yang menentang kerjasama antara parti-parti Melayu-Islam itu.
“Tengah kepanasan ke bila kami bercakap tentang penyatuan ummah ni? Lagi kamu panas, lagi kami suka.
“Saya bukanlah sesiapa, tapi hanya seorang anak kampung Melayu Islam seperti yang lain yang akan pertahankan agama, bangsa dan tanah air ini waima dengan nyawa sendiri,” katanya.
Konvensyen Khas Pemuda UMNO semalam, Pemuda UMNO telah mendesak pucuk pimpinan parti agar membuat keputusan menarik diri daripada menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.
Bagaimanapun Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, Pemuda UMNO menolak sebarang usaha merampas kuasa dan ‘menebuk atap’ sehingga mengakibatkan kerajaan sedang memimpin negara hari ini tumbang.
Beliau mencadangkan agar Ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) meninggalkan kerusi empuk masing-masing dan menjadi pembangkang sehingga pilihan raya umum akan datang.
Dr Akmal berkata, beliau yakin dengan cara sedemikian UMNO dapat kembali semula mendapat sokongan rakyat. – Edisi 9

