31.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

PRK: Rugi jika tidak pilih Nazri – Ahmad Zahid

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ADALAH satu kerugian besar sekiranya pengundi di Simpang Jeram tidak memilih calon Pakatan Harapan (PH), Nazri Abdul Rahman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 9 September ini. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana Nazri yang pernah berkhidmat sebagai jurutera di Majlis Perbandaran Muar telah banyak berjasa dan menabur bakti kepada penduduk di Muar, termasuk di Simpang Jeram selama ini.

“Beliau telah banyak berbakti selama ini tentunya berbanding dengan seorang lagi (calon), yang seorang lagi saya tak mahu sentuh tentang peribadi.

“Tetapi saya lakukan perbandingan kedua-duanya, yang terbaik yang harus dipilih pengundi di Simpang Jeram ini adalah Nazri,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap Program Sentuhan Kasih Desa @ Simpang Jeram : Mini Ekspo Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Keusahawanan Desa di Sungai Abong. 

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Nazri. 

Ahmad Zahid berkata, Nazri dilihat calon yang sangat berkaliber memandangkan beliau juga sedang melengkapkan kajian doktor falsafah (PhD) berkaitan banjir bagi membantu rakyat, termasuk kira-kira 40,000 pengundi berdaftar di kawasan itu. 

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata disebabkan itu jugalah, penyandang kerusi berkenaan, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, turut memilih Nazri bagi membantunya menjaga kawasan itu selama dua penggal. 

“Jika Nazri dipilih ia bukan saja terus beri kesinambungan pengukuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat DUN dan juga di peringkat negeri, pastinya ia merupakan satu terjemahan pengukuhan kepada kestabilan Kerajaan Negeri Johor,” katanya. – BERNAMA

Terkini

Lima lelaki jadi ‘orang tengah’ minta rasuah direman 6 hari

LIMA lelaki yang bertindak sebagai 'orang tengah' meminta rasuah bagi selesaikan kes pemandu mabuk direman selama enam hari. Perintah...

Lagi Artikel Berkaitan