31.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Tiada permohonan murid antarabangsa ke SMPC ditolak – KPM

Mesti Baca

TIADA sebarang surat penolakan dikeluarkan bagi mana-mana permohonan pengambilan murid antarabangsa di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) bagi tempoh Jun hingga Ogos 2023.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan Bahagian Pendidikan Swasta telah menerima sebanyak 25 permohonan kemasukan murid antarabangsa dalam tempoh sama, dan kesemua permohonan tersebut dalam penelitian, selain sekolah terlibat telah dimaklumkan mengenainya.

“KPM mengambil perhatian laporan media mengenai isu yang dibangkitkan berkaitan pengambilan murid antarabangsa di SMPC.

“Penelitian menyeluruh perlu dilakukan kerana ia melibatkan Dasar Pengoperasian SMPC yang sedang dalam proses semakan,” menurut kenyataan kementerian itu, hari ini.

Menurut KPM, kemasukan murid antarabangsa sentiasa dialu-alukan selaras dengan hasrat menjadikan negara sebagai hab pendidikan antarabangsa dan dalam masa yang sama KPM bertanggungjawab memastikan setiap prosedur yang ditetapkan dipatuhi.

Baru-baru ini, media melaporkan dakwaan terdapat kira-kira 28 permohonan pengambilan murid antarabangsa di sebuah SMPC di Perak telah ditolak.- BERNAMA

Terkini

Mahkamah batalkan kemenangan Che Alias di Kemaman

MAHKAMAH Petisyen Pilihan Raya Kuala Terengganu membuat keputusan kemenangan calon Pas, Che Alias Abdul Hamid bagi Parlimen Kemaman dalam...

Lagi Artikel Berkaitan