26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Abdul Hadi rela dipenjara daripada bayar denda

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, beliau lebih rela meringkuk di dalam penjara berbanding membayar denda sekiranya didapati bersalah atas ucapan yang dilontarkan beliau sebelum ini.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, beliau tidak pasti apakah bentuk hukuman yang bakal diterimanya namun jika diberi pilihan, beliau mahu dipenjarakan.

“Saya sedia menunggu untuk dipenjarakan oleh mahkamah, saya tunggu. Dan saya sedia dihukum.

“Tak tahulah dihukum itu sama ada penjara ataupun denda. Saya pilih penjara, saya tolak denda. Daripada membayar denda baik beri derma kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Parlimen, hari ini.

Advertisements

Polis pada minggu lalu merakam keterangan Abdul Hadi berhubung kenyataan beliau yang mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar, Ogos lalu.

Proses rakaman keterangan itu mengambil masa selama sejam dan berjalan lancar.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, sekiranya beliau didapati bersalah dan dihukum, sudah pasti akan berlakunya kekosongan di kerusi disandangnya di Marang.

Oleh itu, beliau mencadangkan supaya Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk bertanding di kerusi berkenaan.

“Saya percaya bahawa kalau dihukum sudah tentulah tidak layak jadi ahli parlimen, pilihan raya kecil (PRK) lagi (akan) berlaku di Marang. Arau boleh bertanding di Marang,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan