33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Kehilangan nenek tersayang, Lah gagal tahan air mata

Mesti Baca

BAHARU semalam kehilangan nenek tersayang, penyanyi Lah Ahmad masih tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya berikutan terlalu rapat dengan wanita itu.

Lah, 43, turut menangis ketika berkongsi kisah pemergian neneknya, Meriam Ahmad pada usia 102 tahun akibat sakit tua.

Menurutnya, nenek yang dipanggil Mak Tok itu sudah menjaganya sejak kecil sehingga hayat terakhirnya Lah sentiasa menjadi cucu kesayangan.

Namun begitu, Lah merasa sedikit lega kerana dihayat akhir wanita itu dia sempat berbakti dan mengimam serta menguruskan jenazah sehingga ke liang lahad.

“Selepas ayah meninggal dunia, Mak Tok tinggal dengan kami sejak saya berusia tiga tahun.

“Dia banyak mengajar saya untuk menjadi orang yang baik dan mengaji surah Al-Insyirah serta tertib dalam solat.

“Tidak pernah sekalipun dia marah, apabila dia lihat saya pakai seluar jeans koyak, dia terus buang tanpa marah-marah,” katanya ketika ditemui pada sidang media pengumuman Konsert Lah Ahmad Jatuh Cinta di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini.

Konsert itu dijadual berlangsung di Istana Budaya pada 7 Oktober ini.

Advertisements

Lah berkata, mereka sekeluarga sangat merasa kehilangan insan paling penting dalam hidup mereka kerana wanita itu satu-satunya orang tua yang terakhir dalam keluarga.

“Kadang-kadang rasa hiba tiba-tiba sehingga saya menangis tanpa sedar kerana masih sukar percaya Mak Tok sudah tiada.

“Namun begitu, sejak awal kami sudah bersedia kerana melihatkan keadaan kesihatan Mak Tok yang semakin merosot. Kebelakangan ini arwah menunjukkan beberapa petanda seolah-olah dia sudah tidak lama lagi.

“Kami reda malah keluarga juga sudah bersedia sekiranya Mak Tok dijemput Ilahi pada bila-bila masa.

“Saya sendiri, kalau nak keluar pun sentiasa beringat untuk berpakaian sopan bukan baju band Metallica kerana bimbang menerima berita buruk.

“Saya memang dah lama berniat nak mengimamkan solat jenazah Mak Tok,” katanya lagi.

Menurut penyanyi Kerana Sayang itu, dia tidak pernah lupa setiap pesanan yang dititipkan oleh arwah Mak Tok antaranya jangan meninggalkan solat.

Malah katanya, arwah neneknya itu kerap mengingatkan agar menjaga ukhwah sesama keluarga. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Suspek serang balai polis Ulu Tiram buat persiapan rapi – KPN

POLIS mengesahkan suspek yang terlibat dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi telah...

Lagi Artikel Berkaitan