32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Lah Ahmad syukur masih diterima peminat

Mesti Baca

KEMUNCULAN penyanyi Lah Ahmad di pentas konsert Ruffedge baru-baru ini bagaikan mengubat kerinduan peminat kepadanya.

Lah yang juga bekas anggota kumpulan VE tidak menyangka peminat masih mengingati lagu-lagu yang dipersembahkan.

Berkongsi perkara itu, Lah, 43, berkata, rasa teruja dan tidak sangka dengan sambutan yang diterima.

“Alhamdulillah rasa syukur memang tidak sangka akan sampai macam tu sambutan peminat.

“Teringat pula di fikiran waktu itu peminat Ruffedge juga membesar dengan lagu saya. Kami bagaikan sebuah keluarga yang besar,” katanya.

Bakal muncul dalam drama One Million Dollar Voice di mana Lah bakal menyanyi dan berlakon dalam drama berkenaan.

Katanya, melakonkan watak sebagai Joe, Lah berharap dapat memberi yang terbaik dan semoga usahanya menyampikan sesuatu dalam lakonan diterima masyarakat.

Advertisements

Malah watak Joe diakui sangat mencabar buat Lah yang jarang-jarang berlakon.

“Ada beberapa babak yang mencabar akal dan tindak laku tapi saya faham ianya dilakukan bagi menjayakan watak Joe dalam cerita ini.

“Berlakon dalam masa sama perlu menyanyi memang kadang-kadang mencabar tetapi saya anggap cabaran itu sesuatu yang positif.

“Drama ini lain dari yang lain ia memaparkan ramai pelakon dan ‘backstory’ watak semua pelbagai dapat dilihat dalam usaha mendapatkan one Million Dollars,” katanya.

Berkongsi perancangan bersama Ruffedge untuk projek akan datang, Lah berkata, mereka baru sahaja melancarkan single bersama berjudul Putus.

“Alhamdulillah saya dan Ruffedge sudah pun melancarkan lagu Putus. Insya-Allah kami ada membuat beberapa perancangan bersama lagi memandangkan sambutan yang positif diterima apabila kami bersama,” kata Lah. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan