27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

PRK DUN Pelangai ditetapkan 7 Oktober

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Oktober depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 23 September manakala bagi hari pengundian awal, tarikh ditetapkan ialah pada 3 Oktober.

Katanya, bagi tempoh berkempen, ia ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 23 September sehingga 11.59 malam, 6 Oktober.

“Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK DUN Pelangai adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei 2023 yang dikemaskini pada 17 Ogos lalu.

“DPPR ini mengandungi seramai 16,456 orang pemilih yang terdiri daripada 16,417 orang pengundi biasa, 36 orang anggota polis dan tiga pengundi tidak hadir luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi PRK DUN Pelangai di ibu pejabat SPR di Putrajaya, hari ini.

Advertisements

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam insiden pesawat terhempas di Persiaran Elmina pada 17 Ogos lalu.

Abdul Ghani berkata, urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara bagi dibuka bermula hari ini.

“Tarikh tutup permohonan bagi kategori 1A membabitkan petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, anggota polis, tentera dan petugas media adalah pada 19 September.

“Bagi kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) adalah pada 2 September manakala 1C (agensi/organisasi) pada 5 September,” katanya.

Menurut beliau, pusat penamaan calon (PPC) dan pusat penjumlahan rasmi undi (PPRU) yang digunakan adalah di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul.

Jelas beliau, PRK Dewan Negeri Pelangai memerlukan peruntukan sebanyak RM2.1 juta. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan