26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

PM ucap tahniah, roket India mendarat di kutub selatan bulan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi dan rakyat negara itu atas kejayaan mendaratnya pesawat angkasa India, Chandrayaan-3, di kutub selatan bulan semalam.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri berkata Malaysia turut berbangga atas pencapaian itu yang belum pernah diterokai oleh sesiapa dan menyifatkan ia juga kejayaan buat Asia.

“India kini telah menawan bulan dan saya melihat kejayaan ini tidak hanya kejayaan India semata tetapi juga kejayaan buat Asia dan segenap warganya.

“Malaysia turut berbangga atas pencapaian ini dan ternyata ini adalah ‘The Asian Century’. Tahniah India!,” menurut hantaran itu.

Semalam, kapal angkasa milik India melakar sejarah apabila berjaya mendarat di kutub selatan bulan yang sebahagian besarnya belum diterokai.

Advertisements

Kejayaan itu secara tidak langsung menunjukkan keupayaan India dalam penerokaan angkasa lepas, selaras dengan usaha kerajaan untuk memacu pelaburan dalam bidang tersebut.

Misi ke bulan oleh Chandrayaan-3 telah dilancarkan pada 14 Julai lepas.

Misi tersebut merupakan percubaan kedua India untuk mendarat di bulan dan kejayaan itu berlaku kurang seminggu selepas misi kapal angkasa Russia, Luna-25 gagal.

Modul pendaratnya terpisah daripada sistem pendorongan beberapa hari dan pendaratan “lancar” atau terkawal, bermula pada 5.44 petang waktu India pada Rabu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan