27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Prasarana tunai impian kanak-kanak pesakit leukemia

Mesti Baca

DEMI menunaikan hajat yang diimpikan oleh seorang pesakit leukemia, Prasarana menjalin kerjasama dengan Make-A-Wish Malaysia.

Ahmad, kanak-kanak berusia 8 tahun yang berjuang dengan leukemia, dibawa menaiki tren bertemakan ‘Thomas & Friends’ dan menjelajahi Kompleks Rapid Rail Ampang.

Mempunyai minat yang mendalam dengan animasi Thomas & Friends, impian Ahmad untuk menaiki tren telah tercapai dan menjadi sumber inspirasi serta motivasi buat dirinya.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Amir Hamdan berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat menunaikan impian Ahmad dan berharap program serta inisiatif sebegini dapat menaikkan semangat kanak-kanak itu dan juga anak-anak lain untuk terus kuat dan berjuang.

“Kami berharap kerjasama ini tidak hanya akan memberikan kegembiraan kepada Ahmad, tetapi juga menjadi inspirasi dan memberikan harapan kepada semua kanak-kanak yang memerlukan sokongan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Make-A-Wish Malaysia, Datin Linda Ngiam berkata, impian seperti itu adalah sesuatu yang unik.

“Kami tidak akan dapat memenuhi hasrat ini tanpa jasa baik Prasarana.

Advertisements

“Kerjasama ini membolehkan kami membawa pengalaman yang penuh transformasi pada Ahmad dan kami juga berterima kasih kepada kakitangan Prasarana yang membantu kami merealisasikan program hari ini dari mula sehingga tamat.

“Kami pasti setiap kali Adik Ahmad menaiki tren, pengalaman ini akan sentiasa terpahat dalam ingatannya,” katanya.

Minat Ahmad terhadap Thomas & Friends menjadi terapi dan sumber kegembiraan semasa dia berada di hospital.

Jelas terpancar kegirangan di wajah Ahmad sepanjang program itu berlangsung.

Sejak prognosisnya, Ahmad dijadualkan akan menyelesaikan enam kitaran rawatan kemoterapi intensif dan kini sedang melengkapkan kitaran ketiga.

Program pada hari ini bermula dengan lawatan Pusat Kawalan Operasi di Stesen LRT Ampang di mana dia mempelajari tentang tren dan operasi secara lebih mendalam,

diikuti dengan peluang untuk bersama Pegawai Tren di koc pemandu ketika tren bergerak ke Stesen LRT Chan Sow Lin. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan