28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Nestle KitKat lancar KitKat Salted Caramel Cookies edisi terhad

Mesti Baca

DENGAN adunan cita rasa dan tekstur yang istimewa, Nestle KitKat melancarkan KitKat Salted Caramel Cookies edisi terhad.

Memberikan pengguna nikmat pengalaman coklat baharu yang merangsang deria, pelancaran produk terbaharu KitKat itu pastinya sudah lama dinantikan oleh penggemarnya.

KitKat terbaharu ini menawarkan kombinasi lazat wafer rangup tersendiri yang disaluti dengan coklat susu dan cebisan biskut karamel masin yang rangup untuk menambat selera.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Konfeksi Nestle Carlota Casellas berkata, inspirasi daripada cerapan pasaran dan trend terkini, terutamanya di kalangan Generasi Z menjadi asas dalam rekaan produk KitKat terbaharu mereka.

“Pastinya Generasi Z adalah golongan yang sentiasa menyatakan aspirasi mereka untuk menikmati pengalaman makanan yang unik.

Advertisements

“Dengan itu, KitKat telah mencipta semula jejari coklat kami dengan wafer rangup yang disaluti kombinasi biskut dengan karamel masin yang tersendiri dan edisi terhad KitKat Salted Caramel Cookies baharu ini pastinya serba sensasi,” katanya.

Dua pakar pastri dan manisan daripada JUNANDUS telah memperlihatkan kelebihan dan keserbagunaan KitKat Salted Caramel Cookies menerusi bengkel meghias manisan di majlis pelancaran yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya, baru-baru ini.

“Selari dengan aspirasi KitKat iaitu ‘Have a Break, Have a KitKat’ (Berehat sebentar, Bersama KitKat), kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berehat sebentar daripada kesibukan masing-masing.

“Cara terbaik adalah dengan menikmati KitKat Salted Caramel Cookies serba baharu teman paling sesuai untuk memanjakan diri anda. Keranggupan daripada cebisan biskut yang disaluti coklat susu lazat pasti menambat selera semua penggemar coklat,” kata Carlota lagi.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan