31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Putera Mateen dan isteri, Dayang Anisha bersanding hari ini

Mesti Baca

MAJLIS Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama isterinya, Dayang Anisha Rosnah berlangsung di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei hari ini ini.

Upacara penuh tradisi diraja itu bermula kira-kira jam 10.10 pagi.

Ia dihadiri oleh tetamu diraja termasuk Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Terdahulu, Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei, pada tengah hari Khamis lalu.

Mateen ialah anak ke-10 kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah iaitu raja paling lama memerintah di dunia dan pernah menjadi orang terkaya di dunia.

Pengantin perempuan adalah cucu kepada salah seorang penasihat utama ayahandanya yang dilaporkan mempunyai jenama fesyen dan memiliki perniagaan dalam sektor pelancongan.

Advertisements

Mateen lulus sebagai pegawai kadet di Akademi Tentera Diraja Sandhurst dan mewakili negaranya dalam sukan polo di Sukan Asia Tenggara 2019.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beliau memainkan peranan yang semakin meningkat dalam diplomasi antarabangsa.

Putera raja itu mengiringi bapanya ke pertabalan Raja Charles dan Ratu Camilla pada Mei tahun lalu, dan pengebumian Ratu Elizabeth pada 2022.

Radio Televisyen Brunei (RTB) sebelum ini melaporkan istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dan dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, pada 7 Januari lalu.

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja berlangsung pada 11 Januari, manakala acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja dijadualkan berlangsung di Istana Nurul Iman hari ini.

Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada 15 Januari diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari. -Agensi

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan