26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, February 14, 2025

Keluarga Malaysia di Brunei pemangkin kerjasama dua negara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KELUARGA Malaysia di Brunei diharap akan terus menjadi pemangkin dalam kerjasama ekonomi demi memakmur dan memberikan keuntungan kepada kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka menjalani kehidupan yang baik dan selesa serta banyak menyumbang secara aktif dalam pembangunan sosio-ekonomi Brunei.

Menurut beliau, seramai 25,000 Keluarga Malaysia di Brunei terdiri daripada ahli perniagaan, ahli profesional, pelajar dan lain-lain bidang.

“Bertemu dengan diaspora Keluarga Malaysia di Brunei sebelum saya mengakhiri lawatan rasmi ke Brunei Darussalam.

“Besar jua harapan saya agar ahli perniagaan Malaysia terus menjadi pemangkin dalam kerjasama ekonomi demi memakmur dan memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak (win-win),” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri turut meluahkan rasa bangga kepada semua Keluarga Malaysia yang berada di Brunei.

Advertisements

“Saya berbangga dengan kalian, walau berada diperantauan, kesetiaan kepada tanah air tetap tidak berbelah bahagi.

“Kekalkan nama baik dan imej negara dengan mengamalkan tatasusila serta menghormati undang-undang dan budaya tempatan,” katanya.

Untuk rekod, Ismail Sabri mengadakan lawatan rasmi pertamanya selama dua hari ke Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam bermula kelmarin bertujuan merapatkan kerjasama yang sedia terjalin dan memperkukuhkan persahabatan antara kedua-dua negara.

Lawatan rasmi Ismail Sabri ke Brunei itu adalah yang pertama selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada Ogos lalu.

Turut hadir bersama, isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin; Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Peranan ELTC dipeluas tingkat penguasaan BI guru, murid

PERANAN Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) akan diperluaskan bagi meningkatkan penguasaai bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan murid sekolah. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan