34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kes harian 27,831 dengan 99.65 peratus kategori 1 dan 2

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan harian COVID -19 negara terus melonjak dengan mencecah 27,831 kes hari ini iaitu tertinggi bagi tahun ini, namun lebih 99 peratus melibatkan kategori 1 dan 2.

Lonjakan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif COVID-18 sehingga kini adalah sebanyak 3,111,514 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, hanya 97 kes atau 0.35 peratus sahaja melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Advertisements

Beliau berkata, bagi kategori satu sebanyak 7,606 kes atau 27.33 peratus direkodkan, kategori dua sebanyak 20,128 kes (72.32 peratus) dan kategori tiga sebanyak 59 kes (0.21 peratus).

“Banyak negara di rantau ini mengalami trend peningkatan, jadi patuhi semua langkah-langkah kesihatan awam dan sosial untuk menahan badai Omicron ini.

“Sila dapatkan vaksin serta dos penggalak untuk melindungi diri serta orang yang anda sayangi,” katanya hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan