31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Usah keliru dengan terminologi ‘muda’ dalam politik – Zahid

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PARA pengundi muda diingatkan agar tidak terkeliru dengan terminologi “muda” dalam kancah politik kerana istilah tersebut bukan hanya menggambarkan faktor usia tetapi lebih penting adalah dasar dan agendanya.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu dibarisi gandingan pimpinan lama dan baharu yang padat dengan pengalaman, pengetahuan, idea.

Menurutnya, mereka sentiasa membawa inspirasi yang segar dan baharu sekali gus mengangkat kepentingan rakyat setiap kaum, agama, jantina dan peringkat umur.

“Kesalasilahan BN sebagai sebuah gabungan parti politik demi rakyat untuk rakyat tidak pernah terciduk. Kerana itu parti old-timer (tua) politik Malaysia ini berjaya memancarkan kestabilan sepanjang mentadbir negara.

“Kedua-dua bersinergi untuk mengangkat kepentingan rakyat setiap kaum, agama, gender dan peringkat umur.

“Sesuai dengan falsafah yang lama dihormati, yang muda disayangi, itulah BN yang memayungi aspirasi semua.

“BN dalam sejarah panjang perjalanan politiknya sentiasa terdiri daripada komposisi lama dan muda,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Presiden UMNO itu berkata, kestabilan dibawa kerajaan BN selama ini mendedikasikan sebuah kemakmuran dan kesejahteraan buat Malaysia.

“Jadi, pengundi muda harus difahamkan tentang ini supaya tidak terkeliru berhubung terminologi muda dalam kancah politik.

Advertisements

“Muda bukan tentang usia parti, namun dasar dan agenda yang akan memanfaatkan golongan muda mahupun lama,” katanya.

Zahid berkata, BN juga merupakan sebuah gabungan parti komponen berbilang bangsa dan agama itu dan bersifat malar segar serta kekal relevan sejak penubuhannya pada 1973.

Katanya, BN adalah gabungan politik demokari yang yang utuh, kukuh, konsisten dan mampan sejak dulu, kini dan selamanya.

“Ini yang pengundi muda harus tahu suatu fakta penting tentang BN,” katanya.

Sehubungan itu, tegas beliau, BN sangat berbeza berbanding gabungan politik lain yang rapuh, poser dan penuh dengan lakonan.

“Bergabung sebelum berpecah, berpecah kemudian bergabung dan bergabung sebelum berpecah semula. Berubah-ubah mengikut selera dan pesona politik masing-masing tanpa mempedulikan nasib dan masa depan rakyat,” katanya.

Zahid berkata, kestabilan yang dibawa kerajaan BN sejak sekian lama telah mendedikasikan sebuah kemakmuran dan kesejahteraan buat Malaysia.

“Semoga pengundi muda Johor memahami dan mengerti realiti ini demi masa depan mereka dan keluarga mereka,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan