31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Lagi kes penggal kepala ibu angkara dadah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita mati dalam keadaan ngeri apabila lehernya putus dipenggal anak lelaki tirinya dengan sebilah parang di rumah mereka di Kampung Batu Machang, Jerek, Gua Musang, Kelantan, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.55 petang itu, suspek yang berusia 39 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Bertam selepas mengaku telah membunuh ibu tirinya dengan parang di rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, polis terus bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan yang mengatakan seorang wanita berusia 54 tahun dicederakan oleh anak tirinya itu.

“Siasatan awal mendapati, suspek merupakan seorang penagih dadah dan pesakit mental.

“Hasil pemeriksaan polis di lokasi kejadian mendapati, leher mangsa putus akibat ditetak menggunakan parang.

“Siasatan masih dijalankan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Budak jatuh dari tingkat 16 ada unsur cuai, abai - Polis

Choon Foo berkata, pemeriksaan mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkait kes curi motosikal dan kes pecah rumah.

Sebulan lalu, kes hampir serupa berlaku lalu apabila seorang penganggur memenggal kepala ibunya sendiri dengan sebilah parang, juga dipercayai akibat di bawah pengaruh dadah.

Kejadian yang berlaku di Kampung Baru Pasir Penampang, Kuala Selangor itu menyebabkan wanita berusia 56 tahun itu maut di ruang tamu rumah yang didiami mangsa bersama suspek.

-EDISI9

Baca juga:   68 kes malaria dicatat di Kelantan tahun ini

Wartawan

Terkini

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai kerana shiqaq

ISTERI bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam,...

Lagi Artikel Berkaitan