26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

MGRC catat perolehan RM7.63 juta suku kedua

Mesti Baca

MALAYSIA Genomics Resource Centre Berhad (MGRC) mencatat perolehan sebanyak RM7.63 juta bagi suku kedua yang berakhir 31 Disember 2021, meningkat sebanyak RM7.49 juta berbanding hanya RM0.14 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Pengarah Eksekutif MGRC, Datuk Alvin Nesakumar berkata, pertumbuhan besar itu diperoleh daripada bahagian biofarmaseutikal yang menyumbang 78 peratus daripada keseluruhan perolehan dan kebanyakannya hasil pengedaran immuniterapi dan terapi sel serta pengedaran dan pentadbiran vaksin COVID-19.

Katanya, MGRC mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM1.01 juta bagi tempoh tersebut berbanding kerugian sebanyak RM1.55 juta pada suku tahunan sama tahun sebelum ini.

“Kemajuan besar di dalam perolehan adalah disebabkan aliran perolehan baharu berikutan langkah kami mempelbagaikan produk terutama ke sektor biofarmaseutikal pada akhir 2020 manakala kembalinya kami kepada keuntungan didorong oleh kejayaan meningkatkan margin lebih tinggi pengedaran immunoterapi dan terapi sel.

“Prestasi kewangan kami bagi suku tahunan dalam kajian berjalan dengan positif dan kami yakin ia adalah cukup kukuh untuk kami mengatur semula status saham penyenaraian kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alvin berkata, bagi tempoh enam bulan pertama berakhir 31 Disember 2021, MGRC mencatat perolehan sebanyak RM16.94 juta, meningkat RM16.72 juta berbanding RM0.22 juta bagi tempoh sama tahun kewangan sebelum ini.

Manakala keuntungan selepas cukai pula, katanya, meraih RM1.25 juta berbanding rugi sebanyak RM2.39 juta bagi tempoh sama tahun sebelum ini.

Sementara itu, MGRC turut mengumumkan penjawatan semula Noor Azri Datuk Seri Noor Azerai sebagai Pengarah Eksekutif daripada Pengarah Bebas sebelum ini berkuatkuasa hari ini.

Noor Azri sebelum ini adalah Pengarah Eksekutif Bintai Kinden Corporation Berhad dan Pengarah Bebas bukan-Eksekutif di Serba Dinamik Holdings Berhad serta NWP Holdings Berhad. – Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan