30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

UPSI tubuh Fakulti Komputeran dan Teknologi Digital

Dalam usaha menjadi universiti peneraju dalam pendigitalan pendidikan

Mesti Baca

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengorak langkah dalam merealisasikan pendigitalan pendidikan dengan menubuhkan Fakulti Komputeran dan Teknologi Digital.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, dengan tertubuhnya fakulti tersebut, UPSI menjadi satu-satunya universiti pendidikan yang meneraju inisiatif pemerkasaan pendigitalan pendidikan negara.

“UPSI juga akan membuat rombakan kurikulum dalam pengajaran dengan bersandarkan kepada lima teras iaitu keinsanan dan kenegaraan, teknologi digital, kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan pengantarabangsaan,” katanya ketika menyampaikan Amanat Naib Canselor 2022 di Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, Perak.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Buku Pelan Strategik (2021-2025).

Md Amin berkata, sudah tiba masanya bagi UPSI mencipta legasi baharu dan mencapai impian besar menzahirkan imej sebuah universiti pendidikan yang unggul di negara ini serta peringkat antarabangsa dalam mencapai sasaran sebagai antara 100 universiti terbaik dunia pendidikan menjelang 2030.

Katanya, beliau percaya sasaran itu boleh tercapai berikutan sehingga kini UPSI telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh akademia yang tersohor di negara ini.

Ini termasuk Prof Madya Dr Rozaimie Ramli yang dilantik sebagai Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Prof Dr Md Nasir Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia(FINAS), Datuk Dr Anhar Opir ( Mufti Selangor), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran (Ketua Pegawai Ekskutif Agensi Kelayakan Malaysia ) serta Prof Madya Datuk Dr Junaidi Abu Bakar sebagai Pakar Rujuk Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Sepanjang tahun lalu, katanya, UPSI mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan dan inovasi berikutan berjaya menjaya menjana dana geran penyelidikan lebih RM 8.3 juta.

Beliau berkata, UPSI harus keluar daripada kepompong lama untuk berani meneroka isu terkini dengan idea baharu bagi memperkasakan pendidikan termasuk bekerjasama dengan Amazon dan Google serta menubuhkan sekolah makmal Neoteric Education Initiative Centre (NICE) sebagai pusat mengembangkan idea pengajaran menjelang Disember.

Katanya, tahun ini UPSI akan membina Pusat Komuniti & Residensi yang mampu menampung 3,500 pelajar serta memberi peluang kepada lebih 100 pelajar B40 dan asnaf menjalankan aktiviti keusahawanan. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan