24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Malaysia, Brunei setuju laksana insiatif VTL melalui udara

Mesti Baca

MALAYSIA dan Brunei Darussalam hari ini bersetuju untuk melaksanakan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) pergerakan rentas sempadan antara kedua-dua negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan dengan itu, menurut Perdana Menteri, empat penerbangan seminggu antara Kuala Lumpur dan Bandar Seri Begawan akan dibuka di bawah insiatif tersebut.

Beliau yang dalam rangka lawatan dua hari ke negara jiran itu berkata, bagi tujuan tersebut kementerian-kementerian yang berkaitan akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan insiatif VTL itu.

“VTL bagi pergerakan rentas sempadan darat juga dalam pertimbangan kedua-dua pihak,” kata Perdana Menteri menerusi Facebooknya hari ini.

Ismail Sabri dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dalam rangka lawatan dua hari ke Brunei Darussalam.

Perdana Menteri yang menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan hari ini berkata, lawatan pertama beliau ke negara itu berlangsung dengan baik dan sempurna.

Beliau berkata, banyak perkara dibincangkan bersama Seri Paduka Baginda antaranya usaha dan inisiatif bagi meningkatkan hubungan istimewa ke satu tahap yang lebih tinggi dan komprehensif serta kerjasama ekonomi termasuk perdagangan dan pelaburan.

Advertisements

Ismail Sabri berkata, selain inisiatif VTL, Brunei juga bersetuju mengiktiraf MySejahtera dan BruHealth bagi memudahkan integrasi sistem dan penggunaan oleh rakyat kedua-dua buah negara.

“Saya juga telah menjemput kerajaan Brunei untuk sama-sama terlibat dalam R&D (penyelidikan dan pembangunan) bagi penghasilan vaksin COVID-19.

“Buat permulaan, Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) bersedia bekerjasama dengan pakar-pakar dari Universiti Brunei Darussalam dalam penyelidikan Antibody Response to COVID-19 Vaccines,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata, beliau turut berbincang mengenai Lebuh Raya Trans-Borneo Malaysia-Brunei termasuk menaik taraf dan membina semula laluan jajaran dari persimpangan Kuala Baram di Miri ke CIQ Sungai Tujoh di Kuala Belit, Brunei.

Katanya, laluan sepanjang 5 kilometer (Km) yang dijangka bermula pada 2023 serta pembinaan jalan baharu dan menaik taraf jalan sedia ada sepanjang 74 Km melalui Limbang dan Lawas pula dalam proses mereka bentuk serta mengambil balik tanah yang dijangka siap dalam masa 48 bulan.

Beliau berkata, mesyuarat pertama Jawatankuasa Bersama Persempadanan Darat yang dipersetujui pada 2011 di peringkat pegawai kanan akan diadakan pada kadar segera.

“Kami juga berbincang mengenai isu serantau, seperti situasi di Myanmar dan di Laut China Selatan,” kata Perdana Menteri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan