26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Tok Mat menghadap Sultan Brunei, jemput Baginda ke LIMA’23

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima sembah menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu lawatan rasmi di Brunei hari ini.

Menerusi satu kenyataan oleh Kementerian Pertahanan, pertemuan yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bengawan itu adalah bagi membincangkan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Brunei.

Pada masa sama, Mohamad juga menghantar jemputan kepada Baginda untuk melawat Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Mei depan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan Negara Brunei Darussalam, Brig Jen (B) Datuk Seri Pahlawan Abdul Razak Abdul Kadir.

Terdahulu, Mohamad membuat panggilan dengan Abdul Razak untuk mengukuhkan pertahanan dan hubungan ketenteraan bagi meningkatkan kerjasama Malaysia dan Brunei.

“Alhamdulillah, kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama pertahanan kedua-dua negara di peringkat dua hala dan pelbagai hala.

Baca juga:   Kemenangan di Melaka bukan untuk dibangga-bangga - Tok Mat

“Lawatan rasmi ini merupakan salah satu bukti ikatan yang kukuh dan dinamik melibatkan hubungan pertahanan untuk mempertingkatkan lagi perkongsian strategik Malaysia dan Brunei,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan