26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Komando jalani kursus juruselam dikhuatiri lemas

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota Tentera Darat dipercayai daripada Rejimen Gerak Khas (komando) dikhuatiri lemas di Pulau Undan, Merlimau, Melaka, kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Syakirin Ismail berkata, mangsa, Edrin Baintim, 25, berpangkat lans koperal sedang menjalani kursus juruselam semasa kejadian.

Menurutnya, setakat pukul 8 malam tadi, operasi mencari mangsa sedang giat dijalankan dengan bantuan BBP Melaka Tengah.

“Setibanya pasukan operasi di tempat kejadian, benar terdapat seorang mangsa lelaki berumur 25 tahun ialah anggota tentera unit komando telah lemas.

“Mangsa dipercayai lemas bersama peralatan menyelam semasa menjalani kursus juru selam di kawasan perairan Pulau Undan,” katanya hari ini.

Ujar Syakirin lagi, operasi mencari mangsa sedang dijalankan dengan kekuatan 16 anggota dari BBP Merlimau dan BBP Melaka Tengah.

Baca juga:   Zahid bertemu ketua-ketua baharu sayap UMNO

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan