Tuesday, July 21, 2026

Karnival Jualan Tengah Malam di Melaka catat rekod pengunjung

Karnival ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan Melaka sebagai destinasi pelancongan utama negara, malah membuka peluang ekonomi kepada pelbagai lapisan masyarakat tempatan.

Mesti Baca

KARNIVAL Jualan Tengah Malam Malaysia yang berlangsung di Mahkota Parade, Melaka mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menarik kehadiran pengunjung tertinggi sejak dianjurkan.

Acara berkonsep beli-belah larut malam yang diadakan sempena program Melaka Bila Larut Malam itu turut memberi impak besar kepada sektor pelancongan dan ekonomi tempatan.

Pusat beli-belah Mahkota Parade dipenuhi ribuan pengunjung sejak pagi hingga tengah malam, manakala hotel-hotel di sekitar bandar raya turut mencatat kadar penginapan tinggi ekoran kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara, khususnya Singapura dan Indonesia.

Penganjuran karnival ini yang bermula seawal pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam telah memberi limpahan manfaat kepada pelbagai sektor, termasuk peruncitan, makanan dan minuman, kraftangan, perkhidmatan e-hailing serta golongan penghibur jalanan.

Ribuan pengunjung memenuhi ruang legar Mahkota Parade, Melaka sempena Karnival Jualan Tengah malam hujung minggu lalu.

Kemuncak acara adalah ‘Special Sale Moment’ yang berlangsung dari pukul 10 malam hingga 12 tengah malam pada 3 Mei lalu, yang menyaksikan pengunjung berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM20,000 dengan setiap pembelian minimum RM250.

Menurut penganjur, Jalakx Sdn. Bhd., penganjuran kali ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan istimewa oleh artis popular, Datuk Awie dan Yasser Atak, cabutan bertuah, pertandingan mewarna dan pakaian bertema Hari Pekerja, pertunjukan silap mata, flash mob serta aktiviti kebudayaan termasuk seni batik, seni pasir, lukisan inai dan karikatur.

Program ini turut mendapat sokongan penuh daripada Tourism Malaysia, Tourism Melaka, Mahkota Parade, Parkson, Grand Swiss-Belhotel Melaka dan Ojas Electronic.

Mengulas kejayaan itu, wakil Jalakx berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan sambutan luar biasa yang diterima dan merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat atas komitmen yang menjayakan penganjuran tersebut.

“Karnival ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan Melaka sebagai destinasi pelancongan utama negara, malah membuka peluang ekonomi kepada pelbagai lapisan masyarakat tempatan,” katanya.

Karnival Jualan Tengah Malam Malaysia dijangka kembali tahun hadapan dengan penganjuran yang lebih besar dan meriah. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan