MELAKA akan memulakan amalan kejuruteraan ekologi sebagai alternatif untuk mengurangkan penggunaan racun perosak di kawasan tanaman padi.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya menggunakan pendekatan kembali kepada alam semulajadi dalam menguruskan serangga perosak secara mesra alam.
“Langkah itu sebagai alternatif dengan penambahbaikan setelah beberapa kajian dijalankan.
“Penggunaan burung hantu, penanaman bunga turnera di sekeliling sawah antara langkah yang di ketengahkan.
“Ia akan menjadi habitat dan tumpuan serangga berbanding mereka menyerang sawah padi dan penggunaan perangkap siput gondang,”katanya menerusi kenyataan di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau itu berkata, semoga hasil dari inisiatif ini dapat meringankan bebanan pesawah kita dari membeli banyak racun serangga.
“Ia diyakini mampu memberi hasil tuaian yang lebih baik,”katanya.-Edisi 9