24.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Pemimpin PKR kecewa tiada bukan Melayu jadi calon Exco

Mesti Baca

BENDAHARI PKR Melaka, Gue Teck akui kesal dengan pelantikan Exco baru-baru ini, berikutan tiada mana-mana bukan Melayu yang dicalonkan.

Gue berkata, ia tidak selari dengan semangat kepelbagaian parti itu.

Menurutnya, PKR tidak mencalonkan mana-mana bukan Melayu untuk jawatan Exco di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Adun PKR yang dilantik ke jawatan Exco di Pulau Pinang dan Selangor semuanya Melayu, manakala kabinet negeri Sembilan masih belum mengangkat sumpah.

“Sejak PKR memerintah Selangor pada tahun 2008, ini adalah kali pertama yang mana tiada tokoh Tionghua ataupun India daripada parti yang dicalonkan sebagai Exco,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Gue berkata, kaedah pemilihan anggota Exco kaki ini dilihat seolah-olah cuba mengetepikan semangat kepelbagaian yang diraikan oleh parti selama ini.

Advertisements

“Penjelasan dan penelitian diperlukan untuk menguji sama ada PKR adalah sebuah ‘truly multiracial party’.

“Ini mungkin berpunca daripada ‘tiupan sentimen perkauman dan agama sempit yang makin kencang oleh PN dan PAS’,” katanya.

Katanya, perkara ini dilihat sebagai kompromo selepas PKR menyerahkan satu kerusi Exco di Selangor kepada UMNO.

Beliau turut mempersoalkan mengapakah yang terkorban itu adalah sifat diversiti dalam parti.

Gue juga menolak dakwaan tiada Adun PKR Cina atau India di negeri yang dikuasai PH mampu memegang jawatan Exco. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan