27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 13, 2024

Pengampunan Najib: Ratusan ribu tandatangan dikumpul

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MEMORANDUM rayuan pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Razak yang digerakkan sebelum ini berjaya mengumpul ratusan ribu tandatangan di seluruh negara.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ratusan ribu tandatangan tersebut merupakan simbolik kesepakatan hati mereka yang terus menyokong bekas Perdana Menteri itu.

Beliau berkata, ia seterusnya akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bagi memohon kebijaksanaan baginda untuk membuat pertimbangan dan penilaian sebaik mungkin terhadap pengampunan Najib.

“Dengan penuh kerendahan hati, demi kebebasan negarawan kita, Datuk Seri Najib Razak, saya ingin menyeru kepada semua yang sayangkan dan rindukan beliau untuk sama-sama bersatu hati turut serta menghantar memorandum ini kepada YDPA pada Sabtu ini jam 3 petang.

Advertisements

“Bagi tujuan ini, kita semua akan berkumpul di Masjid Wilayah dan seterusnya bersama-sama bergerak ke Istana Negara,”katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Dr Muhamad Akmal berkata atas rasa sebuah kesetiaan dan kecintaan, kepada YDPA sahajalah tempat untuk rakyat jelata ingin bertumpang teduh dan mengadu bicara.

“Moga dengan usaha yang kecil ini dapat kita pulangkan Najib Razak kepada kita semua,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Antara T15 dan si mahakaya: Siapa hilang kelayakan subsidi?

Oleh DR MUHAMMAD ASHRAF KHALID BARU-BARU ini rancak perbincangan ‘T15-Mahakaya’ sejak ucapan Belanjawan 2025 dibacakan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan