25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Maritim Malaysia rampas 65 bubu naga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau merampas sebanyak 65 bubu naga di Kuala Gula, Perak, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, kesemua bubu naga itu dirampas ketika rondaan rutin pasukan bot peronda di perairan Kerian dan Larut Matang.

Katanya, kesemua bubu naga tersebut ditemui menerusi penanda botol yang terapung dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan menemukan 65 bubu naga berada di lokasi tersebut dan dinaikkan serta dirampas.

Advertisements

“Kesemua hasil rampasan di bawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa lesen yang sah.

Mohd. Najhan berkata, Maritim Malaysia menyeru semua komuniti maritim agar sentiasa menjaga ekosistem marin negara dengan tidak menggunakan kaedah perikanan yang tidak dibenarkan demi kepentingan bersama.

“Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh melaporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-727 9919 atau MERS 999 untuk tindakan segera,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Mitsubishi Electric: Paulo Josue selamatkan ‘maruah’

PEMAIN naturalisasi, Paulo Josue menjadi penyelamat maruah skuad Harimau Malaya apabila dua jaringannya di separuh masa kedua berjaya membawa...

Lagi Artikel Berkaitan