23 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Sudah lama tidak ke Melaka? Ini yang perlu anda ketahui…

Mesti Baca

Fazrina K
Fazrina K
Mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam dunia kewartawanan bersama syarikat media terkemuka. Pengkhususan dalam penulisan rencana, laporan khas dan analisis isu-isu semasa.

BAGI mereka yang sudah lama tidak mengunjungi negeri Melaka, anda selamat daripada merasa terkejut kerana terlebih dahulu membaca artikel ini sebelum memulakan perjalanan.

Melaka kini melaksanakan zon bebas kenderaan pada lokasi-lokasi yang terpilih.

Bermakna anda tidak boleh memandu sendiri ke mana-mana destinasi pelancongan popular di Melaka tanpa mengetahui sama ada waktu jalan tersebut dibuka ataupun ditutup.

Apalagi pada musim cuti persekolahan begini, sudah tentu kita ingin mengelakkan tekanan maka rancanglah perjalanan anda terlebih dahulu ya!

Satu dunia mengetahui Melaka sering menjadi tumpuan ramai terutama semasa musim cuti sekolah.

Dengan sejarah yang yang menarik, tarikan budaya yang unik, serta makanan tempatan yang membuka selera, Melaka menjanjikan pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan.

Namun, pengunjung perlu bersedia menghadapi cabaran seperti kesesakan lalu lintas yang kerap terjadi.

Artikel ini memberikan beberapa panduan penting untuk membantu anda merancang lawatan ke Melaka dengan lebih bijak.

Salah satu usaha terbaru kerajaan negeri Melaka ialah pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan (ZBK) di Banda Hilir.

Kawasan ini, yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records, kini bebas daripada kenderaan selama 55 jam setiap minggu.

Tujuannya adalah untuk mengurangkan kesesakan, memberikan ruang kepada pelancong berjalan kaki dengan selamat, dan meningkatkan pengalaman menikmati suasana warisan kota.

Waktu Operasi Zon Bebas Kenderaan:

  • Jumaat: 6 petang hingga 12 tengah malam
  • Sabtu: 6 petang hingga 12.00 tengah malam
  • Ahad: 6 pagi hingga 12 tengah malam

ZBK meliputi lokasi popular seperti Jonker Walk, Stadthuys, dan Menara Taming Sari.

Pelancong dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan di kawasan parkir yang disediakan seperti di Jalan Tun Sri Lanang atau Dataran Pahlawan sebelum meneroka kawasan ini.

Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum memulakan perjalanan, ialah rancang perjalanan anda dengan bijak. Kesesakan lalu lintas adalah isu utama di Melaka, terutamanya di kawasan tumpuan pelancong.

Berikut adalah beberapa tips untuk mengatasinya, salah satunya ialah cuba atur perjalanan itu di awal pagi, katalah sebelum pukul 9 pagi untuk mengelakkan kesesakan.

Satu lagi cara ialah dengan menggunakan e-hailing atau pengangkutan awam seperti beca.

Boleh dikatakan ini adalah pilihan yang bijak, terutama untuk bergerak dalam kawasan Zon Bebas Kenderaan.

Advertisements

Ahli keluarga anda juga pasti teruja dengan pengalaman menaiki beca yang penuh dengan hiasan menarik lengkap dengan muzik yang menghibur hati.

Melaka menjadi tumpuan pelancong terutama musim cuti persekolahan. – Gambar hiasan

Sekiranya boleh, elakkan melawat Melaka pada hujung minggu atau cuti umum. Hari kerja biasanya lebih tenang.

Bagi yang kali pertama ke Melaka, Melaka menawarkan pelbagai lokasi menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Antara tempat yang tidak boleh dilepaskan ialah A Famosa, Runtuhan kubu Portugis ini merupakan salah satu ikon Melaka.

Berjalan di Kawasan ini akan menemukan anda dengan banyak lagi tempat menarik seperti Muzium, pusat beli belah, semuanya dalam jarak berjalan kaki sahaja.

Sekiranya anda teringin menikmati pelayaran di Sungai Melaka pada waktu malam, Melaka River Cruise adalah sesuatu yang anda patut cuba.

Ia memberikan pengalaman yang romantis dengan lampu berwarna-warni dan lanskap menarik.

Jangan lupa untuk singgah ke Jonker Walk kerana di sinilah terletak ‘syurga’ membeli-belah dan makanan jalanan, terutamanya pada waktu malam.

Bercakap tentang Melaka pastinya tidak terlepas dengan makanan viral yang dijamin menyelerakan.

Jadi anda pelu menyediakan bajet secukupnya untuk tidak rasa kesal kerana tidak mencuba juadah yang ada di Melaka.

Tidak kerlaluan dikatakan percutian ke Melaka tidak lengkap tanpa mencuba makanan ikonik dan viral.

Antara yang wajib dicuba ialah asam pedas, ikan bakar, kuih keria, coconut shake dan durian cendol.

Perlu diingat, sebagai pelancong, adalah penting untuk menghormati peraturan tempatan, terutamanya di kawasan Zon Bebas Kenderaan.

Elakkan daripada memandu di kawasan yang telah ditetapkan sebagai zon larangan dan patuhi arahan pihak berkuasa.

Melaka adalah destinasi yang penuh pesona, tetapi perancangan yang baik diperlukan untuk memastikan pengalaman percutian anda berjalan lancar.

Dengan memahami jadual Zon Bebas Kenderaan, merancang perjalanan, dan menikmati segala yang ditawarkan, anda pasti dapat menikmati keunikan Melaka tanpa sebarang masalah.

Selamat bercuti dan nikmatilah keindahan Melaka! – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan