27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 15, 2025

Akmal bantah Jalan Hang Tuah dijadikan Jonker Walk 2.0

Mesti Baca

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh membantah cadangan untuk menjadikan Jalan Hang Tuah di Melaka sebagai Jonker Walk 2.0.

Beliau yang juga ADUN Merlimau berkata, di negeri ktu sudah ada Little India di Jalan Bendahara dan Chinatown di Jonker Walk.

“Jadi lebih baik kita bangunkan kawasan Jaan Hang Tuah dengan konsep budaya Melayu lebih utama dan elok

“Dengan slogan 1Malaysia. Yang penting peniaga dan rakyat Melaka dapat rasai pembangunan ekonomi negeri,” katanya hari ini.

Sebelum ini, DAP Melaka dilapor akan tetap meneruskan cadangan untuk mewujudkan pasar malam berkonsepkan Jonker Walk di Hang Tuah Mall, biar pun mencetuskan pelbagai kontroversi dalam kalangan masyarakat.

Advertisements

Setiausaha Organisasinya, Low Chee Leong berkata, pasar malam seperti Jonker Walk atau Jonker Walk 2.0 itu bagaimanapun bukannya menggunakan nama terbabit, malah peniaga juga terdiri daripada pelbagai kaum dan bukanlah didominasi kaum Cina sahaja.

Chee Leong yang juga ADUN Kota Laksamana berkata, cadangan mewujudkan Jonker Walk 2.0 itu adalah susulan kejayaan Jonker Walk di Jalan Hang Jebat sejak 25 tahun dulu sehingga terkenal di seluruh dunia.

Akmal berkata, beliau berterima kasih atas cadangan untuk memajukan Jalan Hang Tuah namun beliau menegaskan keutamaan konsep untuk dibangunkan di lokasi tersebut mestilah berteraskan budaya Melayu.

“Terima kasih atas cadangan untuk membangunkan kawasan Jalan Hang Tuah tetapi keutamaan konsep untuk dibangunkan kawasan jalan hang tuah itu mesti berteraskan konsep budaya Melayu. Noktah!,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga langkah Malaysia pastikan ASEAN kekal bersaing

MALAYSIA selaku Pengerusi ASEAN tahun 2025 perlu melaksanakan tiga langkah utama jika mahu memastikan rantau ini terus kekal bersaing. Pensyarah...

Lagi Artikel Berkaitan