26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Komited perkasa pantun, Melaka martabat tokoh sejarah negeri

Mesti Baca

KOMITED untuk terus memperkasa seni, warisan dan budaya terutama pantun, kerajaan Melaka akan terus memartabat dan melestarikan sejarah tokoh-tokoh tersohor negeri itu khususnya dalam kalangan generasi muda.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata bagi usaha itu Jabatan Pendidikan negeri telah menyelaraskan pertandingan mencipta pantun warisan yang membabitkan murid sekolah di seluruh negeri serta pertandingan melestarikan sejarah sekolah.

“Kajian melestarikan sejarah sekolah-sekolah Melaka berasaskan nama tokoh tersohor ini membabitkan 43 sekolah yang menggunakan nama tokoh iaitu 14 sekolah rendah, 27 sekolah menengah dan dua kolej vokasional.

“Menerusi hasil kajian terbabit, nama-nama tokoh yang mempunyai nilai warisan budaya tinggi pada sejarah negeri Melaka perlu diwarta.

“Selain itu, ia juga dijadikan memento kenangan dan rujukan seterusnya menjadi inspirasi kepada generasi muda,” katanya.

Advertisements

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Apresiasi Anugerah Pendidikan yang turut dihadiri Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman serta Pengarah Pendidikan negeri Mohd Ghazali Ahmad, yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, semalam.

Dalam pada itu, Ab Rauf berkata, penulisan pantun terbaik akan dipilih untuk diletakkan di papan tanda pintu masuk ke negeri itu untuk tatapan orang ramai dan sebagai pengiktirafan kepada pelajar yang berjaya menghasilkan pantun tradisional.

“Pantun terbaik, mempunyai ciri dan nilai budaya tinggi ini akan disaring dan dipilih untuk diletakkan di antara lapan pintu masuk ke Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” katanya.

Katanya, pertandingan pantun itu disertai semua sekolah peringkat daerah di Melaka dan lima pemenang dipilih untuk ke peringkat negeri.

Pada majlis sama, Ab Rauf turut menyampaikan Anugerah Tokoh Guru Negeri Melaka bagi 2023 kepada tiga penerima iaitu Talib Abdullah, Mohamad Isa Jolan dan Abu Bakar Sahari. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan